Selasa, 6 Disember 2016

Pada 3 November 2016 sehingga 5 November 2016, Kursus Pengukuhan Perkhidmatan Tanah (Team Building) seramai 19 perempuan dan 23 lelaki kakitangan Pejabat Tanah Pendang telah terlibat. Program ini diadakan di Dee Wana Resort, Pasir Puteh Kelantan. Selama 3 hari 2 malam kami berkampung disitu, pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang program bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan kami ditambah pula dengan kecantikan alam dan keistimewaan yang terdapat di Pasir Puteh Kelantan. Antara aktiviti yang dilakukan ialah taklimat, explorace, sukaneka di pantai malah tidak ketinggalan juga persembahan yang mencuit hati.😊😊


Dee Wana Resort menjadi pilihan kami sebagai  tempat penginapan kami sepanjang program ini berlangsung.

Pada sebelah malam pula, taklimat dan pembahagian kumpulan telah berlangsung dengan jayanya.

Ketua ahli kumpulan memegang sepanduk yang ditulis nama kumpulan masing-masing.

Pada waktu pagi aktiviti memanaskan badan dijalankan bagi megurangkan sebarang kecederaan berlaku.

 Explorace aktiviti yang memerlukan kecerdasan mental dan fizikal yang tinggi. namun begitu, kami berjaya mengatasi setiap cabaran dan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.
Selepas aktiviti explorace berlangsung kami mengisi masa lapang kami dengan slot sukaneka yang kemuncak acara sukaneka ialah tarik tali dimana semua ahli kumpulan bergabung tenaga bagi memenangi permainan ini.



Pada malam terakhir kami berada di Dee Wana Resort, Pasir Puteh Kelantan. Persembahan  kumpulan diadakan bagi memeriahkan kan lagi malam tersebut ditambah pula dengan ahli- ahli  kumpulan yang mempunyai pelbagai telatah dan ragam yang mencuit hati turut memeriahkan malam tersebut. Sesi penyampaian hadiah juga diberikan kepada kumpulan yang berjaya.



Rabu, 3 Ogos 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Pendang Tahun 2016

Pada 26 Julai 2016, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Pendang  Tahun 2016 yang bertempat di Pendang Lake Resort. Majlis tersebut berlangsung pada jam 12 tengahari sehingga 3 petang. Penjawat awam dikawasan daerah Pendang dan orang ramai juga turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut.






Rabu, 27 Julai 2016

Majlis mengacau bubur lambuk.

Majlis mengacau bubur lambuk sempena menyambut bulan Ramadhan telah diadakan pada 22 Jun 2016. Majlis seperti ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf pejabat.









Majlis Perpisahan Paklong

 Majlis sempena perpisahan Paklong telah berlangsung di TH Hotel, Alor Setar pada 2 Jun 2016 bagi menghargai dan memberi penghormatan kepada beliau setelah berkhidmat sebagai salah seorang staf yang telah banyak memberikan sumbangan kepada Pejabat Tanah Pendang.






Pada 25 April 2016 yang lalu, telah berlangsungnya Bengkel Penyediaan Bajet Bagi Tahun 2017 yang bertempat di TH Hotel, Alor Setar.






Rabu, 20 April 2016

Lelongan Awam

Lelongan Awam berlangsung pada 18 April 2016 di Pejabat Tanah dan Daerah Pendang.



Selasa, 19 April 2016

Majlis Perpisahan PPTD 1 dan PPTD 2

Majlis ini berlangsung pada 4 April 2016 bertempat di Pendang Lake Resort jam 12 tghari. Semua kakitangan terlibat dalam majlis ini. Ucapan dari mantan PPTD 1 dan PPTD 2 serta penyampaian cenderamata juga diberikan.