Selasa, 6 Disember 2016

Pada 3 November 2016 sehingga 5 November 2016, Kursus Pengukuhan Perkhidmatan Tanah (Team Building) seramai 19 perempuan dan 23 lelaki kakitangan Pejabat Tanah Pendang telah terlibat. Program ini diadakan di Dee Wana Resort, Pasir Puteh Kelantan. Selama 3 hari 2 malam kami berkampung disitu, pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang program bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan kami ditambah pula dengan kecantikan alam dan keistimewaan yang terdapat di Pasir Puteh Kelantan. Antara aktiviti yang dilakukan ialah taklimat, explorace, sukaneka di pantai malah tidak ketinggalan juga persembahan yang mencuit hati.😊😊


Dee Wana Resort menjadi pilihan kami sebagai  tempat penginapan kami sepanjang program ini berlangsung.

Pada sebelah malam pula, taklimat dan pembahagian kumpulan telah berlangsung dengan jayanya.

Ketua ahli kumpulan memegang sepanduk yang ditulis nama kumpulan masing-masing.

Pada waktu pagi aktiviti memanaskan badan dijalankan bagi megurangkan sebarang kecederaan berlaku.

 Explorace aktiviti yang memerlukan kecerdasan mental dan fizikal yang tinggi. namun begitu, kami berjaya mengatasi setiap cabaran dan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.
Selepas aktiviti explorace berlangsung kami mengisi masa lapang kami dengan slot sukaneka yang kemuncak acara sukaneka ialah tarik tali dimana semua ahli kumpulan bergabung tenaga bagi memenangi permainan ini.



Pada malam terakhir kami berada di Dee Wana Resort, Pasir Puteh Kelantan. Persembahan  kumpulan diadakan bagi memeriahkan kan lagi malam tersebut ditambah pula dengan ahli- ahli  kumpulan yang mempunyai pelbagai telatah dan ragam yang mencuit hati turut memeriahkan malam tersebut. Sesi penyampaian hadiah juga diberikan kepada kumpulan yang berjaya.