Rabu, 16 September 2015

Program "iLead Exploration" Anjuran Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Wilayah Utara.



Pada 23 Ogos 2015 yang lalu telah diadakan program explorace yang berkonsepkan experiental and adventure learning di mana ketahanan mental dan fizikal peserta diuji sepenuhnya di samping memupuk semangat kerja berpasukan , patriotisme , budaya hidup sihat dan mempromosikan "Discover Kedah 2016". Aktiviti ini telah disertai oleh beberapa daerah termasuklah Intan Wilayah Utara, Gunung Jerai, Tanjung Dawai, Baling, Gunung Keriang, Gunung Jerai, Semeling, Lembah Bujang, Pantai Merdeka, Alor Setar, dan Pokok Sena.


Program ini terhad kepada 40 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta serta mempunyai 1 kereta sendiri untuk menjalankan aktiviti yang diadakan.


Dalam program ini pasukan dari Pejabat Tanah Pendang telah memenangi tempat ke 2 dan telah menerima hamper serta wang tunai sebanyak RM 700.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan